Tasik Prima, Puchong

Siapa sangka, di tengah bandar yang moden dan urban, wujud sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi iaitu Taman Tasik Prima. Lokasi ini sangat sesuai untuk warga kota yang mahu menyeimbangkan kerjaya dan hobi. Di sinilah tempat kaki pancing melontar gewang dan mencari kepuasan sebenar.
Tasik Prima merupakan sebuah kawasan perumahan dan perbandaran di Puchong, Selangor yang terkenal dengan tasik besar seluas 200 ekar, dengan kedalaman antara 3 hingga 48 meter.
Spesies Ikan di Tasik Prima
Teknik Casting
Mono Peacock Bass (Cichla monoculus)
Toman (Channa micropeltes)
Haruan (Channa striata)
Belida (Knifefish)
Arapaima Gigas (Piracucu)
Teknik Bottom
Rohu (Actinopterygii)
Patin (Pangasiidae)
Baung (Hemibagrus nemurus)
Keli (Siluriformes)
Tips Memancing di Tasik Prima
Peacock Bass merupakan penghuni paling banyak di tasik ini. Spesies ini biasanya memburu ikan Pinpin Silver Blade Minnow dan anak udang. Jadi, penggunaan gewang jenis minnow adalah pilihan terbaik. Nikmat sebenar akan terasa apabila berjaya mendaratkannya.
Set yang sesuai: Ultralight 4–6lbs atau setup BFS 12lbs ke bawah untuk merasai tarikan yang lebih sensasi.
Topwater lure agak kurang efektif di sini kecuali ketika berlaku frenzy (ikan galak memburu umpan), biasanya pada waktu pagi atau lewat petang.
Purata saiz Peacock Bass: 25–35cm. Namun, jika gewang dibaling tepat ke sarang, spesimen 40–45cm (anggaran 1–3kg) berpotensi dinaikkan.
Bagi penggemar Toman, penggunaan soft plastic dan gewang minnow bersaiz 8–17cm adalah pilihan terbaik. Spesies ini biasanya bersembunyi di kawasan reba dan pokok tumbang di tepi tasik. Jika terlihat induk toman, crankbait amat sesuai digunakan.
Waktu terbaik: Petang, kerana bite rate lebih tinggi.
Set cadangan: Medium heavy 10–25lbs dengan tali minimum 20lbs. Pastikan menggunakan leader yang berkualiti kerana toman kerap melarikan gewang ke dalam samai dan celahan kayu. Jika tersilap, berputih matalah jawabnya.
Ikan Jackpot di Tasik Prima
Arapaima Gigas (Piracucu)
Spesies gergasi ini sering timbul dan boiling di sekitar jeti bot. Berdasarkan pengalaman, selepas boiling, arapaima biasanya akan timbul semula selepas 10–12 minit dan berlegar pada kedalaman sekitar 5 meter (disahkan melalui penggunaan sonar).Set cadangan: Heavy setup dengan umpan hidup bersaiz besar.
Waktu kemunculan: 7.00–9.00 pagi dan 5.00–7.00 petang. Namun, ia tidak semestinya muncul setiap hari. Jika bernasib baik, inilah peluang anda untuk mendapatkan “lesen besar” dengan mendaratkannya.
Comments (0)
No comments yet. Be the first to comment!
